SangPelangi
Adikku, apakah juadahmu hari ini? (revisited)
Nota: Entri asal bertarikh 19 Sept 2007. Inilah yang terjadi bila dah tak ada modal nak menulis. Mental block!
Semalam aku berbuka dengan sebiji gula-gula. Maghribku diselesaikan di bumbung blok. Semuanya gara-gara urusan kemaskini data-data persembahan robot kumpulan aku yang masih lagi bertangguh. Akhirnya, aku orang terakhir yang keluar dari Makmal Robot. Melangkah gemalai ke hostel. Keseorangan. Berjatuhan rintik-rintik hujan di sepanjang jalan.
Selepas mandi, ku selak tudung periuk di atas dapur. Sambal sotong. Lauk rasmi kami sejak zaman-berzaman (aku dan seorang lagi senior). Di sebelahnya ulam kubis dan belacan goreng. Sungguh ringkas juadah berbuka ku untuk Ramadan yang keenam. Mungkin seniorku sudah menjamu terlebih dahulu. Kalau ditunggu lagi, mungkin lepas Isyak baru kami bersua.
Namun, tatkala suapan pertama, tiba-tiba air mata ini berderaian. Terhenti. Tak dapat ku bendung sendu tangis yang menguasai perasaan. Kisah silam itu bergentayangan di benak fikiran. Wajah lesu, genit, comel budak itu takkan pudar dari ingatan. Di mana dikau, adikku? Apakah juadahmu kali ini, adikku? Adakah bubur lambuk semalam yang dikongsi bersama adik-adikmu yang lain? Atau ubi rebus berpinggankan piring-piring yang sumpik, seribu retakan?
Persahabatan kami bermula ketika umurku menjejak 12 tahun. Cuaca waktu itu sungguh terik.  Dek tak tertahankan kekeringan tekak, aku singgah ke kantin. Ketika sekeping 20 sen hendak ku hulur, nun di hujung sana terlihat seorang budak sedang memerhatikan aku. Kulit gelap, tetap manis. Lingkungan sembilan tahun. Tak senyum. Tak pula muram. Berdirinya di tengah panas sambil sesekali menelan tenggorokan.
Aku melambai-lambai memanggil dia. Dia menggeleng. Aku mengunjukkan air sirap tadi, yang gelasnya penuh dengan wap air yang terkondensasi. Dia menggeleng lagi walau mukanya penuh nafsu. Lalu budak itu berlalu pergi, dengan sebiji botol kosong di lengan kiri. Aku perhatikan dia dari jauh.
Budak itu memulas pili paip. Berhati-hati dia mengawal arus air pili itu untuk memenuhkan botol yang dibawa. Sesekali terpercik air di baju putihnya yang lusuh itu dek hilang kawalan terhadap botol yang kian memberat.
“Jom la kita minum kat situ,” aku menegur dia dari belakang sambil tangan kiri menunjuk ke tangga sebelah. Tangan kanan masih lagi ku pegang gelas sirap yang tak terusik sejak tadi. Dia mengangguk dan tersenyum.
“Ok, adik tak payah usik botol tu. Simpan saja untuk sekolah agama petang nanti. Jom kita habiskan sirap ni cepat-cepat. Kejap lagi nak habis waktu rehat.” Aku cuba untuk bergaul dengan cara yang agak berbeza. Seperti sudah kenal lama, walau mungkin itu kali pertama aku melihatnya. Bak musafir yang terjumpa oasis di tengah gurun, budak itu sungguh berselera menghirup air sirap itu.
KRINGGG… Loceng pun berbunyi. (lagi-lagi loceng). Suasana hiruk pikuk sebuah sekolah rendah di waktu rehat semakin tenang. Masing-masing sudah siap beratur di depan kelas untuk pembelajaran seterusnya.”Tak apa, bang. Biar saya letakkan gelas ni kat besen. Abang pergilah jaga,” akhirnya budak itu bersuara. Aku cuma tersenyum. Satu petanda baik. Kemudian, aku pun menyambung kembali tugasku sebagai seorang ketua pengawas, meninggalkan budak tadi dengan dunianya.
Hari demi hari. Persekolahan berselang cuti. Lama-kelamaan, kami semakin akrab. Namanya Ezzat (Izat, Aizat atau Ezat..ah aku pun sudah lupa).  Anak sulung dari empat beradik yang baru kematian ayah waktu itu. Kepada ibunyalah tempat Ezzat mengadu nasib. Ibunya cuma bekerja mengumpul kertas-kertas terpakai untuk sesuap nasi.
Aku masih ingat sewaktu dia berulang alik di hadapan koperasi. Entah berapa belas kali die melintas. Sesekali matanya mencuri pandang pada meja kaunter koperasi.”Haa.. kat sini pun Ezzat. Penat abang carik. Kenapa ditenung saja? Jomlah masuk!” Aku menolak Ezzat masuk ke koperasi.
Berbisik padaku..”Bang.. ini pertama kali saya masuk sini tau..”. Telatahnya sedikit jakun. Sesekali bermain-main dengan anak ikan emas di akuarium Koperasi Sekolah.
Kemudian, dia melambai-lambai mengajak aku ke ruang kaunter. Aku menggeleng keletihan (dek banyak tugasan).  Dengan tubuh bersandar pada kusyen empuk, aku memerhatikan Ezzat dari jauh.
Aku angkat kening. Dia angkat bahu. Aku angguk. Kemudian dia datang seraya berbisik. “Nak beli pensel untuk adik ni. Dia dapat nombor satu. Tolonglah pilihkan.”
“Jom..” aku.
Sejujurnya pensel yang menjadi pilihanku diketawakan mereka, penjaga kaunter. Katanya aku tiada “taste”. (Tak jumpa maksud “taste” dalam bahasa). Akhirnya pensel itu dia yang pilih. Berwarna merah jambu, bercorak Garfield.
P/s: Sampai di situ saja ingatan memori ini yang mampu diingat. Tak ada pun entri sedih di sini (aku tak mahu cerita kisah keadaan atap rumah Ezzat.) Tapi, detik-detik bersama Ezzat membuatkan aku sedar, bahawa ‘kesusahan’ pun masih bisa membuat mereka ‘tersenyum’.
p/p/s: Semasa berbuka puasa, bila teringat mereka yang kurang bernasib baik, akan membuatkan selera aku terbantut. Rasa tak sanggup nak makan. Kalaulah boleh aku kongsi bersama dia.
Seronoknya Bersahabat dengan Orang Hebat.
Melalui banyak pertemuan di majlis ilmu, semakin ramai pengikut SangPelangi yang sempat kutentang empat mata, saling berkenalan dan berkongsi ilmu akan hal duniawi ukhrawi. Begitulah cita-cita SangPelangi sewaktu kelahirannya dulu, iaitu untuk menghubungkan dunia realiti dan alam maya, meluaskan jaringan ukhwah, bersimbiosis untuk terus memberi dan menerima.
Kami semakin akrab, saling berutusan berita dalam apa saja acara, tidak kira seilmiah persidangan seminar dan bengkel, atau acara sesantai majlis makan-makan dan sukaneka. Lagi memelikkan, sebahagian pertemuan kami atas dasar kebetulan semata, sama sekali tidak dirancang teliti. Berani juga aku bersumpah, bahawa tiada seorang pun antara mereka yang hadir dengan kepakaran atau bakat yang biasa-biasa, kerana pasti ada saja kelebihan unik yang berjaya kutemukan dalam setiap diri mereka. Maha puji atas kejadian-Mu, wahai Si Pengatur Peristiwa.
Namun, ada SATU persamaan yang sukar kupatahkan dalam persepsiku terhadap mereka semua, iaitu senantiasa merendah diri. Rasa beruntung kerana bersahabat dengan mereka, hingga akhirnya sikap ini makin tercanai kepadaku secara halus, berdikit-dikit. Moga-moga doh keperibadianku ini tidak seliat nafsu atau sekeras amarah lagi. Terima kasih kepada semua.
Benarlah kata-kata ibuku yang ditulis padat dalam kiriman SMSnya kepadaku tempoh hari,
Ama pernah terbaca, jika kita selalu berkawan dengan orang hebat, kita akan jadi hebat. Semoga Ifan juga menjadi hebat sama.
Walaupun begitu, SangPelangi semakin dihimpit tekanan dari sudut yang pelbagai. Tulisanku dianggap luah rasa yang jujur, kerana ada kata yang tak terucap di lidah, lalu di sinilah tempatnya ia tercurah. Maka, orang di sekelilingku sangat berhati-hati dalam bergaul mesra denganku, kerana bimbang hal perilaku mereka akan menjadi cerita dalam SangPelangi ini. Kepada yang berhati-hati itu, usahlah menjadi plastik lagi. Jadilah diri sendiri, kerana itulah tujuannya perkataan ’sahabat’ dicipta. Lagipula, peringatan di SangPelangi ini adalah tamsilan kepada diriku, juga buat renungan kita semua.
Kemudian, kepada pembaca SangPelangi yang masih sudi berkeliaran di sini, harap ampunkan aku seandainya kamu dahagakan sesuatu saban hari, sedangkan tiada apa yang tertinta. Ada khabar, adalah ceritanya nanti. Aku khuatir termakan janji sendiri.
Saat Gaji Pertama Kuhulur..
Tatkala rintik-rintik air yang Abah jiruskan penuh hati-hati ke tubuh Nyai, kuperhati keriut wajah Abah menahan panahan listrik di pinggangnya. Sakit di tulang belikatnya yang bertandang pergi, tidak terkawalkan. Sesekali aku mengurut perlahan di belakangnya, sambil tangan Abah masih cermat mendandani ibunya, juga nenek buat kami.
Hari itu, aku dan adik bukan sahaja fahami cara-cara merapi orang tua. Malah sempat kami pelajari, bahawa suatu hari nanti, amalan itu pasti bertukar tangan jua, iaitu saat tubuh Abah Mama tidak berprestasi kembali. Biar SangPelangi menjadi saksi, biar jodoh, biar harta, biar seluruh jagat raya yang hadir mendepani, aku berjanji untuk tinggalkan segalanya,  andai saat itu bakal tiba.
Semalam, kepada Mama, buat julung kali kutitipkan pemberian yang tidak seberapa demi gembirakan dia. Bersama sedikit hasil dari gaji bulan pertama, kusalami tangan Mama sambil berbisik halus,
Ambillah ini, Mama.
Siapa lagi bisa menebak, hati si ibu yang sekonyong-konyong sebak. Air terjunan matanya lantas tersimbah deras, hingga dia sendiri tak bisa menyeka. Mama sedia maklum raih bulananku hanya secukup rasa. Dia malah arif berapa jumlah yang tersisa di dalam poketku. Dia lagi berkira-kira, mengukur jauh mana hala tuju anak-anaknya untuk tahun-tahun yang mendatang.
Lantas soalan Mama mematikan segala tindakanku,
Simpananmu bagaimana?
Selirat ragaku meluruh, syahdu, saat Mama menggenggam keras kedua tangannya, tanda menolak hadiah dari huluran salamku. Sungai tangis di pipinya tidak terempang lagi. Andai kuselami irama sendu itu, semestinya dapat kubaca perasaan Mama, bahawa bukan dek kepudaran sudi yang rajukkan rezeki. Mungkin inilah kalimah yang sedang dibisikkan kepadaku,
Cita-citamu masih jauh, nak.
Ketahuilah olehmu wahai Mama, anakmu ini sanggup berlapar ke senja demi sekuntum senyum darimu.
Saat Gaji Pertama Kuhulur
Saat gaji pertama kuhulur
seikat impi terguyur, moga
tidak acuh kausambut, biar
lipatnya tidak sekebat dosa.
Saat gaji pertama kuhulur
geletar tangan ini, bagai tanda
airmatamu bukan hutang lagi,
tapi separuh dari harga diri,
walau tidak terganti.
Al-Irfan
Stesen Bas Larkin, 160809
Seputar Seminar Kebangsaan Pendidikan Kususasteraan
Siapa bilang menulis itu tidak Carma (cari makan)? Saya sendiri ditawar ribuan ringgit untuk menulis lima baris puisi. Kemudian ditawar lagi berbelas ribu, hanya dengan memasukkan perkataan ini, Satu Malaysia. Tetapi, saya menolak (lantas dewan bergemuruh dengan tepukan). – SN A.Samad Said
Kerja + Hal Peribadi = Hidup
Setiap dari kita pasti punya tanggapan berbeza terhadap kerjaya mereka. Sesetengahnya amat berpantang, hal peribadi jangan dicampur adukkan di dalam kerja. Dalam kategori ini, dia itu akan sering bertindak mengasingkan dua medan tersebut untuk berketrampilan selesa. Terkadang punya dua talian telefon yang berbeza, dua akaun emel atau laman social network yang berlainan, dan berencam ragam.
Ada juga yang lebih suka mencampur adukkan kesemuanya. Sudahnya di meja makan bersama keluarga, dia itu akan bercakap tentang untung rugi saham berbanding puji-pujian pada masakan isterinya. Jika kerja seharian memotivasikan orang lain, maka di rumahnya juga pasti berkumandang syarahannya. Cara fikir di pejabat dan di rumah berpadu, membentuk penampilan yang sama.
Namun, pro dan kontra dalam memilih salah satu darinya adalah sesuatu yang tidak harus dibasa-basikan. Saya secara peribadi, seperti juga semua orang di dunia, memasak cita menjadi insan yang seimbang segala segi. Namun, kerja dan hal peribadi bagi saya adalah hidup yang sama. Disebabkan itu, saya merasa sangat tidak berdosa untuk mencoretkan perihal kerja di taman larangan ini, yang tumbuhan melatanya adalah kisah-kisah peribadi lampau. Kendatipun sebati, pada saat tertentu ia wajar ditembok besi dengan imbangan otak kanan dan kiri.
Saya gembira terjun ke dunia baru. Biar menuntut di bidang robotik, bacaan saya adalah kewangan dan ekonomi. Menulis dan berfikir dalam sastera, walau hobi menjurus grafik. Saya gembira jadi manusia begini. Jujur, ia membuatkan saya sangat cerewet memilih kerja. Tapi tidak bermakna kita tidak menyambar mana-mana peluang yang ada.
Tiga peluang sekali datang melepuk, buat saya terjaga. Di simpang tiga jalan, harus dipilih salah satu sebaiknya. Dua datang dari syarikat multinasional dengan imbuhan setimpal, dan satu lagi peluang hadir dengan pakej ilmu yang melangit lumayannya. Maka kepada Tuhan jua kita mintakan diberi alamat paling berhikmat.
Syukur saya di sini. Sepanjang pergi dan pulang ke pejabat berjalan kaki, sejauh empat kilometer sehari-hari sering dihias senyum yang menguntum seri. Setiap hari adalah hari-hari yang sarat dengan ilmu yang baru. Insan-insan yang saya temu punya laut ilmu yang harus saya ceduk satu persatu. Lalu dicurahkan kembali buat telaga kering yang tergali.
Begitulah perasaan saya yang sama diperkatakan oleh sahabat saya, Sang Bayu Permata Nusantara yang bertajuk Andai Ada Jalan Yang Lebih Baik,
Ada yang berkata…rugi ya meninggalkan pekerjaan yang sepatutnya dengan kelulusan di Universiti…namun, saya langsung tidak merasa rugi walau sedikit pun…jika disuruh untuk memohon pekerjaan lain..hati saya seakan berat untuk melakukannya…keikhlasan dalam bekerja itu sendirinya melahirkan ketenangan dalam jiwa…sungguh saya merasa tenang dengan apa yang saya lakukan setiap hari…
p/s: Ini juga adalah luahan pertama kali berkenaan bidang kerja saya sekarang. Buat Mama, terima kasih atas restumu ke atas pilihanku.
Keajaiban dalam hidupku, atas pertolongan Dia.
Nota: SangPelangi sedang proses transformasi blog dari bahasa SMS ke tulisan penuh. Tulisan asal adalah bertarikh Julai 11, 2006, 2.44 pagi.
Petang tadi adalah hari bermakna dalam hidupku. Ujian Judo yg diadakan dalam bentuk pertandingan itu benar membuatkan semua rakan sekelas makin tertekan. Entah ke mana melayangnya hilai tawa sesama kami sepanjang sesi latihan selama ini. Kini, kedut dahi yang mencerut, alur bibir yang terherot, adalah simptom-simptom keseriusan tahap tinggi yang terpamer di wajah semua.
Gayaku waktu itu usah diteka. Mana mungkin insan selemah aku bisa senyum kambing di ceruk sana. Tambah-tambah, acara ini diisytihar mengejut, buatkan nadiku terus-terusan memecut. Andai kutahu hal ini sehari dua, pasti petang-petang sudah kuhayun balak melatih jiwa. Biar kental. Biar urat kawat berselirat tegang. Sayangnya..
Dua puluh orang dari kuliah Digital, dua puluh lagi dari kuliah Mekanikal, digabung menjadi satu angkatan besar. Satu demi satu nama dipanggil ke depan untuk ditimbang berat, lalu masing-masing menyahut dengan jerit HAITT!! yang paling gerun.
Terasa ingin melontar seranah saat namaku dicampak ke kumpulan F. Dianggotai jejaka berbadan gempal, tinggi menunjang. Rata-rata punyai lengan setebal peha dan berketul-ketul. Ahli dalam kategori ini, yang paling rendah beratnya adalah 68 kilo, paling tinggi adalah 102 kilo. Siapa tak ‘angin’ kalau yang paling ringan di situ adalah kita sendiri! Aduhai.
Pemarkahan ujian Judo ini sudah dikhabarkan akan direkod, lalu dihimpun ke dalam poin prestasi semester hadapan. Andai gagal kuraih markah tertinggi, untuk menyaingi tangga Kawafune-san di dalam kuliah pasti tinggal mimpi.
Satu lawan satu, versi ‘kalah mati’. Pertarungan berlangsung ikut giliran, di tengah dewan yang berlantaikan Tatami (anyaman jerami padi) yang disokong ribuan spring. Di sinilah bunyi-bunyi hentakan tubuh yang terhasil sepanjang sesi latihan, hingga bisa didengar dari sebatu jauh. Di tengah dewan, tersiap gelanggang yang sudah ditandakan, kini dikerumun semua peserta.
Peringkat demi peringkat acara dilaksanakan. Satu demi satu nama dicabut, demi tentukan lawan di dalam medan. Sambil menunggu giliranku menjengah waktu, aku masih tetap di bucu dewan, duduk bersila. Terkadang merukuk kemudian bersila semula, menahan kecut perut yang menggila. Ketaran tubuhku ini rasanya sudah menendang spring di bawah lantai berkali-kali.
Tiba saatnya, dari tengah gelanggang, seorang pengadil bertubuh sasa menjerit namaku penuh girang,
“Grupu Efu, Irfan-san to, Sasaki-san! Douzo maeni kite kudasai!” (Grup F, Irfan dan Sasaki, silakan tampil ke depan.)
Sasaki?? Hampir meletup dada mendengarkan nama itu. Berat badanku yang paling kecil, bakal melawan berat tubuh yang paling besar di antara kami. Sasaki adalah sahabatku yang paling besar di situ. Bekal makanannya setiap hari adalah daging belaka. Biar tubuhnya gempal, dia juga digelar Tangan Besi kerana lemparan bola lisutnya yang menggerunkan.
Longgar sungguh rasanya engsel lututku ini saat melangkah ke tengah. Biarpun namaku diseru ramai berkali-kali, tapi kedengarannya semacam angin lalu,
“Irufan! Irufan! Ganbare! Makeruna!  (Irfan! Irfan! Berusahalah! Jangan kalah!)
Awal-awal lagi aku merangkakan beberapa helah, sekadar untuk kekalkan seri. Mana mungkin meraih menang kalau lawanku bukan calang-calang.
“Kalau takut berhadapan seseorang, bacakan Al-Insyirah. Tiupkan di mukanya, atas niat hatinya melembut salju. Mudah-mudahan kau ditolong Allah.”
Pesan arwah Tok Aki sewaktu sebelum kulangkah masuk ke meja temuduga JPA sewaktu dulu. Masih terngiang-ngiang. Kuturuti amalan itu, diiring doa yang berbunyi,
“Sesungguhnya bukan menang yang kumahu, melainkan semata-mata kerana ilmu”
“HAIT….HAJIME!!!!” (mula…)
Sasaki lincah menerkam lengan bajuku terlebih dahulu. Kaki kanannya menghayun dari sisi melanggar lututku. Aku elak. Kemudian aku rentap lengan kirinya dan menghayun ke kanan, sambil kakiku sempat mencelah di kelangkangannya untuk menarik keluar kakinya. Tiada kesan. Struktur kekudanya sekukuh akar banir yang mencengkam bumi. Kali ini, kakinya yang membentes. Mujur sempat kutepis. Aku pula yang membentes, lalu ditepis dia. Begitulah pergelutan berulang-ulang.
Pertarungan kian hangat. Satu minit, terasa satu jam lamanya. Sokongan penghuni dewan seakan sedang memihak padaku (mungkin atas sebab tubuhku yang kurus lagi ringan, dan Sasaki sebesar bas sekolah. Sudah pasti yang lemah jadi pilihan.)
Tidak semena-mena, secara MENDADAK!! Mana mungkin energiku bertahan lama. Sasaki memaut kedua-dua lenganku, lantas ditendang kaki kiriku yang kian melemah. Oh tidak! Seakan duniaku berakhir di situ. Aku pasti kalah!
Siapa sangka ajaib bertandang tidak diduga. Saat tubuhku terhumban ke lantai, jemariku tergenggam kedua-dua lengan bajunya sekali. Paling erat yang sukar disukat.
Apa lagi? Tanpa membuang masa, aku mengguling ke lantai dengan tangan yang masih mencengkam. Kedua-dua kakiku saat itu benar-benar terletak kemas di perutnya. Tenaga disumbat ke hujung kaki. Pinggang mengeras menahan pinggul.
ZUPPPPP!!
Kakiku menolak perutnya, lalu tubuh Sasaki terbang keluar ke arah kepalaku (aksi ini pernah dipelajari di dalam siri latihan terdahulu)
Pengadil menjerit.
“HAIT!!! IPPONG DESHTA!!!” (ippong= 1 batang. Tapi di dalam judo bermaksud menang mutlak.)
Mengikut syarat, untuk menang, peserta harus tumbangkan tubuh lawan ke lantai dan menguncinya dalam masa satu minit. Atau, menghayun tubuh lawan hingga anggotanya menyentuh luar garisan. Seperti dalam kes ini, aku tidak ditumbangkan. Malah menumbangkan diri sendiri untuk mencampak lawan keluar kawasan gelanggang.
Seisi dewan menjerit kegembiraan. Tepukan para penonton menggegar dewan gelanggang judo, mungkin yang paling gemuruh dalam sejarah pembinaannya. Kata-kata pengadil tiada sekali akan kulupa,
“Kono shiai wa, ichibang omoshiroi to omotta” (bagi saya, ini perlawanan yang paling menarik)
p/s: Sebenarnya, terasa sangat ringan tubuh Sasaki saat perutnya kutendang keluar. Maha Benar, ia memang satu keajaiban. Dia pasti beri petunjuk pada masa tertentu, biar tanpa kita disedari. Dengan kesyukuran saja yang mampu kubayar semula.
Jangan sekali minta dibelanja!
“Jom! Rengit!”
Tok Aki mengajakku pada satu pagi Ahad, dengan kasut berkilat, berbatik Jawa siap berseterika. Tak lupa juga kupiah lusuh, sahabatnya yang paling setia. Aku bergembira melompat dari kerusi buai buatan Tok Aki. Mencapai kemeja T dan selipar, berkejar ke arahnya.
“Tapi Ifan belum gosok gigi.”
“Ah tak apa! Kita gosok dengan Phrata!”
Sepanjang membonceng kapcai petak berkilatnya, aku masih tertanya-tanya, kenapa baru hari ini dia mengajakku ke warung singgahan Tok Aki, setelah sekian lama kami hidup bersama-sama. Sedangkan biasanya dia lagi gemar bersendiri ke sana.
“Kenapa baru hari ini Atok ajak Ifan?”
Kedengaran sayup-sayup jawapannya dari dalam topi keledar,
“Sebab, kau dah besar sekarang.”
Siapa lagi yang tak kenal perangai Tok Aki, teka teki memang mainan dia.
Sesampainya di Warung Razak, terlihat kelibat orang-orang tua di sana, berdiskusi hebat hal-hal duniawi, saham sawit yang beruntung rugi, termasuk cara kerja pekebunan paling efektif.
Dalam hiruk pikuk dunia medan ilmu bercucuk tani, perkara pertama yang dibuat Tok Aki, melawat kaunter dan berbisik sesuatu pada penjaga di situ. Selang beberapa detik, si penjaga kaunter bangun dan ligat menekan-nekan mesin kira.
Sudahnya, Tok Aki cuma memesan sekeping roti canai kosong yang dikoyak dua, dan secawan teh tarik yang dibagi dua sesama kami. Terserlah tahap kedekutnya Tok Aki ini pada pandanganku.
Sesuatu yang mengejutkan bila seorang demi seorang bangkit untuk pulang dan menuju kaunter. Semua pelanggan dilemparkan jawapan yang sama oleh Si penjaga mesin kira,
“Semuanya sudah dibayar, Kang.”
“Siapa?”
“Hamba Tuhan!”
Biar Tok Aki lagaknya sedari tadi berborak dengan Cikgu Wahab (allahyarham) begitu asyik, namun tiada syak lagi. Siapa lagi orang paling kaya di warung itu kalau bukan Tok Aki.
Saat itulah kukenal santan hampasnya seorang suami, bapa dan datuk. Siapa sangka orang yang paling kedekut itu, adalah paling pemurah antara kita.
Aku pernah merisaukan arwah Tok Aki yang pernah tidur dengan di bawah bantalnya berkebat wang ringgit. Bila kutanya untuk apa, jawapannya cuma pendek, “Untuk esok.”
Satu lagi pesan arwah yang paling kuingat, dan menjadi prinsip hidupku jua.
“Jangan sekali-kali kau minta sesiapa saja belanja kita. Bikin malu nenek moyang. Kau berduit, biar kau yang beri dulu. Kau tak berduit, cari! Kita ada Allah!”
p/s: Agaknya sudah menjadi tabiat manusiawi minta sahabatnya belanja makan dan minum. Tapi, tidak pernah lagi sahabat Jepunku berbuat begitu. Kenapa agaknya?
“Jom! Rengit!”
Tok Aki mengajakku pada satu pagi Ahad, dengan kasut berkilat,  berbatik Jawa siap berseterika. Tak lupa juga kupiah lusuh, sahabatnya yang paling setia. Aku bergembira melompat dari kerusi buai buatan Tok Aki. Mencapai kemeja T dan selipar, berkejar ke arahnya.
“Tapi Ifan belum gosok gigi.”
“Ah tak apa! Kita gosok dengan Phrata!”
Sepanjang membonceng kapcai petak berkilatnya, aku masih tertanya-tanya, kenapa baru hari ini dia mengajakku ke warung singgahan Tok Aki, setelah sekian lama kami hidup bersama-sama. Sedangkan biasanya dia lagi gemar bersendiri ke sana.
“Kenapa baru hari ini Atok ajak Ifan?”
Kedengaran sayup-sayup jawapannya dari dalam topi keledar,
“Sebab, kau dah besar sekarang.”
Siapa lagi yang tak kenal perangai Tok Aki, teka teki memang mainan dia. Sesampainya di Warung Razak, terlihat kelibat orang-orang tua di sana, berdiskusi hebat hal-hal duniawi, saham sawit yang beruntung rugi, termasuk cara kerja pekebunan paling efektif.
Dalam hiruk pikuk dunia medan ilmu bercucuk tani, perkara pertama yang dibuat Tok Aki, melawat kaunter dan berbisik sesuatu pada penjaga di situ. Selang beberapa detik, si penjaga kaunter bangun dan ligat menekan-nekan mesin kira.
Sudahnya, Tok Aki cuma memesan sekeping roti canai kosong yang dikoyak dua, dan secawan teh tarik yang dibagi dua sesama kami. Terserlah tahap kedekutnya Tok Aki ini pada pandanganku.
Sesuatu yang mengejutkan bila seorang demi seorang bangkit untuk pulang dan menuju kaunter. Semua pelanggan dilemparkan jawapan yang sama oleh si penjaga mesin kira,
“Semuanya sudah dibayar, Kang.”
“Siapa?”
“Hamba Tuhan!”
Biar Tok Aki lagaknya sedari tadi berborak dengan Cikgu Wahab (allahyarham) begitu asyik, namun tiada syak lagi. Siapa lagi orang paling kaya di warung itu kalau bukan Tok Aki. Saat itulah kukenal santan hampasnya seorang suami, bapa dan datuk. Siapa sangka orang yang paling kedekut itu, adalah paling pemurah antara kita.
Aku pernah merisaukan arwah Tok Aki yang pernah tidur dengan di bawah bantalnya berkebat wang ringgit. Bila kutanya untuk apa, jawapannya cuma pendek, “Senang esok, tak perlu ke bank.”
Satu lagi pesan arwah yang paling kuingat, dan menjadi prinsip hidupku jua.
“Jangan sekali-kali kau minta sesiapa saja belanja kita. Bikin malu nenek moyang. Kau berduit, biar kau yang beri dulu. Kau tak berduit, cari! Kita masih bertuhan!”
p/s: Agaknya sudah menjadi tabiat manusiawi minta sahabatnya belanja makan dan minum. Tapi, tidak pernah lagi sahabat Jepunku berbuat begitu. Kenapa agaknya?
Hasrat SangPelangi #1: Belut
Ini adalah siri entri terbaru yang akan saya masukkan ke dalam blog ini secara berkala. Siri Hasrat SangPelangi bertujuan menyampaikan beberapa cita-cita saya yang pernah bertakhta di hati, tetapi terkubur kerana Allah mendatangkan rezeki lain kepada saya. Kita cuma merancang, tetapi Allah jualah sebaik-baik Yang Maha Menetapkan. Semoga siri hasrat ini dibaca oleh seorang insan yang bisa mengikut jejak impian yang telah saya tinggalkan.
Kenapa Belut?
Saya pernah bercita-cita untuk mengusahakan ternakan belut ini. Sayangnya, saya belum berkesempatan lagi untuk mempelajari cara menjaganya dan prestasi pasaran di Malaysia. Belut adalah spesis ikan yang banyak khasiatnya. Paling diketahui ramai, ia dapat mengekalkan tenaga kelakian dan kelician kulit.
Sejak menjejakkan kaki di Jepun dulu, saya dan rakan-rakan adalah pemakan tegar Unagi, iaitu belut. Orang Jepun sangat pandai memasaknya, dengan cara memanggangnya tanpa tulang, lalu disalutkan dengan kicap yang dicipta khas. Tetapi harus berjaga-jaga. Jangan lupa untuk membaca kandungan botol kicap itu, kerana ada kandungan alkohol yang diharamkan. Mujur ada IPIJ yang sering mengemaskini senarai kandungan halal haram dalam makanan Jepun.
Hairan sekali. Di Jepun, makanan Unagi seperti tak boleh dipisahkan dalam kehidupan mereka. Sedangkan kita di Malaysia tak makan belut kerana teringatkan kelicinan tubuhnya seperti ular. Seperti kita yang takut untuk makan arnab kerana teringatkan kecomelannya, tetapi tidak bagi orang Jepun. Itulah yang menghairankan saya. Kenapa ya harus membayangkan rupa bentuk asal makanan yang ingin kita makan?  Mujur orang Jepun telah membetulkan persepsi kami, dan rakyat Malaysia di sana.
Gilanya orang Jepun terhadap belut, adalah sama tarafnya kegilaan kita terhadap ayam. Sampaikan pada waktu-waktu tertentu, terpampang berita Jepun sedang dilanda krisis ketandusan bekalan belut. Bayangkan, sudahlah belut ternakan mereka kehabisan stok. Yang diimport dari negara China berjuta tan sebulan masih juga tidak cukup-cukup. Situasi ini membuatkan saya begitu berapi-api untuk menyiasat dan mengkaji lebih mendalam akan tabiat mereka.
Seminggu, saya dan rakan ke pasaraya Jepun sebanyak tiga kali. Ini membolehkan saya melihat sendiri perkembangan harga belut yang naik turun bergantung kepada cuaca dan musimnya. Di pasaraya, belut dijual dengan cara dipanggang separuh masak terlebih dahulu. Ada juga yang dipanggang sepenuhnya. Kemudian dibalut dengan polisterina ataupun plastik. Kami jarang (atau tidak langsung) membeli belut di sini.
Ketika makan di sebuah restoran belut, saya hairan menyaksikan situasi ini. Sepanjang 10 meter orang beratur untuk menempah Unagi. Di sesuatu kawasan sudah ada banyak restoran belut, tapi kesemua pelanggannya terpaksa beratur panjang. Jika tidak bermusim pun, restoran unagi masih tetap penuh pelanggannya. Saya tidak melepaskan peluang ini untuk bertanya terus kepada tukang masak di sebuah restoran kecil yang menyediakan belut.
“Pada waktu malam, kami terima tempahan pelanggan melalui telefon. Esok pagi kami ambil stok 3000 ekor untuk sehari. Masih tak cukup lagi.”
Bila saya nyatakan di negara kita Malaysia punya belut juga, dia begitu teruja. Dia langsung siap untuk turun ke Malaysia bersama saya untuk mengimport belut. Tetapi waktu itu belum masanya lagi untuk saya pulang. Kemudian, dia menasihatkan saya untuk melawat pasar awam di pelabuhan Mishima, di negeri Shizuoka, tidak jauh dari pekan Numazu tempat kami menuntut ilmu. Katanya, saya pasti dapat belajar sesuatu di sana.
Pada pagi hari minggu, saya memecut basikal untuk ke pasar tersebut. Ia rupanya adalah jenis pasar basah, betul-betul di pelabuhan Mishima. Saya membayangkan mungkin beginilah keadaan pelabuhan Melaka zaman kegemilangannya dahulu. Belut diturunkan dengan jengkaut dan kren dari atas kapal yang datang dari selatan Okinawa (belut dari China diturunkan di bahagian pantai bertentangan Korea). Sesi tawar-menawar hebat berlangsung. Ketika itu, terasa begitu bodoh untuk memahami bahasa mereka kerana dialeknya entah dari ceruk mana.
Setelah diteliti, harga di pasar basah, belut boleh mencecah serendah RM25 hingga RM100 seekor bergantung saiz dan berat tertentu. Di pasaraya sekitar RM50. Di restoran belut pula adalah lingkungan RM30 dan RM60. Dapatkah kita semua membayangkan masa depan industri belut di Malaysia andai dieksport ke Jepun nanti?
Kebelakangan ini, Indonesia sudah melihat belut sebagai ternakan ‘emas’ yang baru. Bukan saja untuk dieksport, malah mereka sedang giat menggalakkan rakyatnya makan belut.
Di Malaysia, saya sudah lihat perkembangannya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Sudah ada beberapa restoran khas yang menggunakan belut sebagai produk makanan utama di Johor, Pahang, Kedah dan sedikit di Selangor. Selain itu, belut juga diperlukan dalam penternakan lintah. Cuma akhir-akhir ini, sejak makanan alternatif lintah sudah dijumpai, belut sudah tidak berguna lagi.
Kepada penggiat belut di Malaysia, kami di PTS mengajak saudara semua untuk berkumpul dan duduk semeja, bersemuka. Kita harus buat sesuatu agar industri belut menjadi satu fenomena baru dan malar segar.
Kepada sesiapa yang mengenali individu tertentu yang terlibat dalam pembiakan ataupun penternakan belut, sila sampaikan salam penghargaan saya kepadanya, kerana menyebabkan saya tidak kempunan untuk terus makan belut di Malaysia. Yeay!
Eksperimental Bahasa Tanpa Kata-kata.
Sepanjang langkahan kaki, kepalaku pasti melilau ke sana sini memerhati sekeliling diri. Terasa bebanan kerja yang tertanggung sedari pejabat tadi, sehelai demi sehelai gugur melayang hinggap di gigi jalanan. Dalam tak sedar, sebuah Kancil meluru laju hampir menyondol kepala lututku dari belakang. Mujur hon dari hidungnya sempat menghentikan lamunanku.
PINGGG….
Semasa Kancil itu melintas perlahan di sebelahku, aku sempat melirik pada seisi perut yang ada di dalamnya. Kesemuanya dihuni kanak-kanak lelaki di bawah lingkungan empat tahun, dengan dipandu oleh kakaknya dalam belasan tahun.
Tak semena-mena, seorang darinya mengacu tangannya bergaya pistol ke arahku, sambil mulutnya terpercik air liur mendenguskan bunyi yang kukenal betul, semestinya bunyi pistol.
Psstt.. Psst.. Buzzzz…
Aku membalas ‘tembakan’ itu dengan senapang senyapku (lagak dua tangan), lalu dia menggayakan ala cedera. Kedua-dua adiknya di kerusi belakang perasan abangnya sedang terluka.  Apa lagi, mereka terus membuka tingkap dan cuba membuat serangan balas terhadapku. Aku dengan senyum berlagak, berlakon kononnya kebal dengan tujahan peluru biar tembakan mereka bertalu-talu.
Trit trit trit… Trit trit trit..
Si kakak itu pastinya tidak menghiraukan adik-adiknya kerana sibuk mencari parkir di hadapanku. Saat Kancil itu berhenti di sebuah ruangan kotak kuning, anak-anak itu segera berkejar girang mendapatkan aku. Si kakak bertanya hairan,
Err.. Kamu ini seorang artiskah? Kenapa mereka kenal kamu?
Jawapanku sekadar angkat bahu tanda tiada tahu. Tapi, sebenarya terkandung bermacam makna, biar bahasa tanpa kata-kata. Haha.
Keputusan Rasmi Pertandingan Entri Terbaik Hari Bapa 2009
Berikut adalah sedikit dua kata dari Sang Juri kita, Bro Rudy dari Bluehikari.com untuk pertandingan yang lalu (Terima kasih bro kerana sudi menerima jemputan sebagai juri) :
Setelah menilai kesemua entri calon yang bertanding saya berpendapat;
A. Pengalaman suka duka penulis dengan ayah sahaja tidak mencukupi untuk menulis tentang entri khas mengenai ayah ini. Kebanyakan penulis yang tidak berjaya tergolong dalam kumpulan ini.
B. Saya lebih tertarik dengan entri dimana pengalaman penulis dengan ayah digarap dengan satu lagi kisah atau dapatan lain dari pembacaan penulis ataupun pelajaran dari sifat ayah sendiri. Sifat penulis yang baik ialah beliau banyak membaca, membaca, membaca dan membaca. Baharulah dia mula menulis. Ini dapatan ilmu yang saya kutip daripada SN A. Samad Said. Justeru, penulis kena membuat sedikit penyelidikan melalui pembacaan untuk memulakan satu-satu tulisan meskipun ringkas, pendek dan padat.
C. Saya juga tertarik dengan gaya dan isi penulisan yang diadaptasi dari pengarang novel terkenal. Sebagai contoh ada penulis menuruti gaya penulisan Feisal Tehrani menerusi novelnya Saasatul Ibad (rujuk entri nuruddin83.wordpress.com-singgah dan pulang). Disamping pembaca menikmati pengalaman beliau, ada unsur dapatan lain dari hadis misalnya diterapkan dalam entri tersebut.
D. Ada juga penulis yang menulis entri dalam bentuk puisi. Tapi sayangnya tiada satupun puisi yang memikat hati saya untuk diberikan satu hadiah. Walau bagaimanapun, ada penulis yang menjadikan puisi sebagai mukaddimah penulisannya. Ia dicanai dengan pengalaman penulis untuk menghasilkan entri yang saya kira baik. Malah, saya dapati beliau tidak menyelitkan sebarang dapatan dari pembacaan tetapi melalui ajaran/didikan tidak formal ayahnya. Pendek kata, beliau belajar menjadi matang bukan dari ajaran mulut ayahnya tetapi melalui sifat yang ditunjukkan ayahnya. (studiomuslim.com-disebalik marahnya abah).
E. Saya juga tertarik dengan entri yang ditulis secara lelucon. Saya tertawa sendiri membaca pengalaman penulis ketika bernikah misalnya. (silangbunga.blogspot.com – entri nikah dan ayah mertua). Ironi sekali, diakhir cerita mood ketawa saya tadi berubah serta merta dengan finale yang melankolik dan saya sedih secara tiba-tiba). Penulisan sebegini amat baik dan impaknya hebat. Jelas, pengalaman beliau sekali lagi dipelajari menerusi sifat yang ada dalam diri ayah mertuanya.
Justeru, setelah dipertimbangkan secara adil dan saksama, saya berpandangan penulis-penulis di bawah dipilih sebagai penulis yang berjaya dalam entri sempena sambutan Hari Bapa 2009. Syabas dan tahniah!
PEMENANG UTAMA;
1.     http://motivasimindamu.blogspot.com/2009/06/siapa-yang-tolak-saya-jatuh-sungai-ada.html
SAGUHATI;
1.     http://studiomuslim.com/tazkirah/kembara/di-sebalik-marahnya-abah/
2.     http://silangbunga.blogspot.com/2009/06/1991.html
3.     http://rozinorazali.com/v8/2009/06/horizontis/
4.     http://nuruddin83.wordpress.com/2009/05/26/singgah-dan-pulang%E2%80%A6/
5.     http://dingin.blogspot.com/2009/06/cinta-kita-sebagai-anak.html
6.     http://keciks.wordpress.com/2009/06/13/kerna-ayah-pergi-dulu/ (Hadiah saguhati keenam ini ditaja oleh juri sendiri. Syukur.)
Komen daripada aku sebagai penganjurnya;
Aku sebagai penganjur tidak berhak menilai sebarang keputusan yang dikeluarkan juri. Malah, aku juga tidak layak untuk memilih entri siapakah yang baik ataupun tidak. Namun, aku cuma ingin menyentuh cuma satu elemen penting yang kurasakan dengan mudah diabaikan segelintir peserta.
Ada peserta yang masih melanggar hukum tanda baca, huruf besar dan kecil sewenang-wenangnya, tanpa membawa maksud dan tujuan yang tertentu dari beliau. Kerana itu, aku harus menghubungi semula peserta-peserta itu untuk membuat pembetulan. Harus diingat tujuan pertandingan ini adalah mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, biarpun seorang blogger itu cuma mampu menulis satu entri berbahas Melayu sempurna di dalam blog bahasa rojaknya, itu sudah kuanggap satu kejayaan.
TAHNIAH, kepada semua yang terlibat. Sungguh tak disangka, begitu hebat kerjasama dari kalian. Jutaan terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan yang hadiahnya tidak seberapa ini. Kepada yang tidak bertuah untuk terpilih dalam barisan pemenang, usah kecewa. Ada lagi pertandingan yang seterusnya.
Kepada barisan pemenang, jika kalian tak berikan nombor akaun bankmu kepadaku, alamatnya aku sendiri yang menggegarkan blog kalian. Huhu.
Kepada semua yang membaca karya peserta, jangan lupa titipkan ucapan tahniah kepada mereka semua, ya? Lahirkan penghargaan kalian kerana kerelaan mereka berkongsi kisah peribadinya kepada kita.
p/s: Aku berkira-kira ingin membukukan semua penyertaan ini di dalam sebuah blook (blog+book), namun aku perlukan reaksi kalian.