Crochet Rose @ Mawar

by cheq sue on May 20, 2012

pink rosepenyangkut beg rose crochet

Untuk ilham para peminat crochet @ kait jarum satu.

Kait bunga Ros ini, Cheq Sue telah demokan dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia , RTM1 baru-baru ini. Sejak dari hari itu, pelbagai warna bunga ros telah Cheq Sue buatkan. Ia boleh dilekat pada beg, cekak rambut, pin rambut, pin baju, key chain dan juga pelbagai aksesori lain. Malah bukan sahaja untuk aksesori, ia juga boleh juga dibuat sebagai bunga hiasan atau sebagai bunga telur, door gift dan macam-macam lagi. Diameter bunga ros ini ialah 6cm.

Jika ada yang berminat boleh hubungi Cheq Sue untuk pesanan.

label baru

{ 0 comments }

Crochet Cheq Sue @ RTM1

by cheq sue on April 30, 2012

image

Syukur Alhamdulillah, pada 26 April 2012, 9.35 pagi, sekali lagi Cheq Sue diberi peluang muncul secara langsung di kaca televisyen, kali ini Cheq Sue menerima undangan khas daripada penerbit Rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia, RTM1 untuk segmen Seni Kreatif. Terima kasih atas kepercayaan untuk Cheq Sue membuat demo Seni Kait Jarum Satu (Crochet).

Pengalaman sebelum ini dalam siaran langsung “Nasi Lemak Kopi’ O” memang amat membantu dari segi persediaan Cheq Sue untuk berhadapan dengan kamera dan juga mengawal perasaan gugup. Alhamdulillah, apabila sudah bersedia di hadapan kamera bersama pengacara cantik manis, Tazneem…..suasana terasa santai sahaja. Masa kali ini juga lebih panjang….cuma masih tak puas hati kerana tak sempat tunjukkan keseluruhan teknik untuk hasilkan bunga rose crochet tuh.

Buat semua rakan-rakan pembaca blog yang juga mengikuti perkembangan Cheq Sue di  http://www.facebook.com/CheqSue terima kasih atas sokongan anda semua. Bagi yang berminat untuk mempelajari seni kait jarum satu (crochet) ini  anda bolehlah hubungi Cheq Sue dan mendaftar. Crochet sudah semakin mendapat tempat di kalangan ibu-ibu muda di Malaysia! dan kami juga mempunyai komuniti tersendiri….jom join! Banyak faedahnya terutama untuk mengisi masa lapang juga sebagai terapi bagi meredakan ketegangan.

Antara gambar yang sempat dirakam oleh adik krew SP1M sambil Cheq Sue bersiaran Smile

IMAG1230IMAG1236

IMAG1235IMAG1237

Cheq Sue bergambar bersama para pengacara SP1M . Terima kasih atas layanan mesra!

IMAG1240

{ 0 comments }

Jadual Bengkel Bulan Mei 2012

April 12, 2012

6 Mei 2012 Ahad (9.00am – 5.00pm) Safira Golf & Country Resort, Seberang Jaya, Pulau Pinang Bengkel Crochet (Kait Jarum Satu) RM200.00 lunch & tea-break disediakan 13 Mei 2012 Ahad (9.00am – 5.00pm) Bukit Jawi Golf Resort, Seberang Perai Selatan, P.Pinang Bengkel Sulaman Manik Crumble + Basic Manik 3D RM250.00 lunch & tea-break disediakan 20 [...]

Read the full article →

Jadual Bengkel Bulan April

March 18, 2012

JADUAL BENGKEL 2012 TARIKH TEMPAT TOPIK YURAN 8 April 2012 (9.00am – 5.00pm) Bukit Jawi Golf Resort, Jawi, Seberang Perai Selatan, P.Pinang Bengkel Sulaman Manik + bonus Manik Crumble RM250.00 lunch & tea-break disediakan 22 April 2012 (9.00am – 5.00pm) Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur Bengkel Sulaman Manik + bonus Manik Crumble RM250.00 lunch & [...]

Read the full article →

Jahitan Insang Pari untuk Sulaman Tampal

March 8, 2012

Artikel sebelum ini adalah gambar baju kanak-kanak yang di sulam tampal. Untuk kali ini Cheq Sue paparkan sekali dengan gambar langkah-demi langkah teknik jahitan Insang Pari. Dengan menggunakan teknik ini kepingan kain yang telah digunting berbentuk daun terlekat kemas pada kain yang disulam.

Read the full article →

Sulam Tampal Baju Kurung Kanak-kanak

March 4, 2012

Baju di atas adalah baju si kecil Alissa Zahra, untuk Raya Tahun 2010. Baju ini juga telah Cheq Sue tayangkan di tv semasa muncul di rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O. Cheq Sue berhasrat untuk kongsikan teknik sulaman tampal ini sedikit masa lagi, jika diizinkan Allah. Kalau tiada aral, Cheq Sue juga berhasrat untuk menjual pakaian [...]

Read the full article →

Suka Duka 2011

February 25, 2012

(Gambar terakhir, Cheq Sue 5 beradik bersama ayah & ibu. Cheq Sue anak ke-2 dari 5 beradik) Assalamualaikum & selamat bertemu lagi di alam maya ini. Malam ni Cheq Sue ingin menyoroti suka duka sepanjang tahun 2011. Sudah hampir 2 purnama, tahun 2011 meninggalkan kita semua. Namun bagi Cheq Sue tahun 2011 banyak meninggalkan kesan [...]

Read the full article →

E-Tutorial Sulaman Manik Crumble

December 8, 2011

Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya E-Tutorial Sulaman Manik Crumble ini sedia untuk dilancarkan pada jam 10 pagi 8 Dec 2011. E-Tutorial ini disertakan sekali dengan teknik bonus, Rahsia Roda Warna kerana mainan warna adalah antara elemen yang penting untuk Sulaman Manik Crumble ini.   Maklumat lanjut untuk pesanan dan promosi istimewa pada hari pelancaran boleh rujuk [...]

Read the full article →

Tips Asas Sulaman Manik Crumble

December 4, 2011

Sementara menantikan “E-Tutorial Sulaman Manik Crumble” yang dah hampir siap, Cheq-Sue ingin kongsikan dengan pembaca blog www.cheq-sue.com “Tips Asas Sulaman Manik Crumble”. Sila klik pada gambar E-book di atas untuk download tips berkenaan. Tips ini diberikan PERCUMA!   Ikhlas,

Read the full article →

Ilham Baru–Sulam Tatting

November 22, 2011

  Rujukan gambar: Ceyizcim Cuhadar, Istanbul, Turki Cantik kan! Inilah antara koleksi pembakar semangat Cheq-Sue untuk terus meneroka teknik sulaman terbaru ini. Cheq-Sue yang letakkan namanya “sulam tatting” Sudah lama bertapa..…..Alhamdulillah akhirnya terjumpa sulaman terbaru yang membuatkan tangan seni ini kembali aktif memintal benang. Bagi anda yang dah pandai teknik tatting…tentu mudah nak hasilkan sulaman [...]

Read the full article →